Wednesday, 17 August 2016

BERSEDIH BUKAN KESALAHAN

Ihiks. Menitis airmata ke tiba2? :D

Ya dong. Boleh bergenang. Cepat2 sapu pipi takut officemate perasan. HAHA. Ada hari yang sangat menganggu walaupun tengah sibuk uruskan pasal kerja. Memikirkan benda-benda berkaitan perasaan dan emosi ni adakala nya menghenyak lalu keletihan. Kali ni memang allah henyak betul-betul. Henyakan yang serupa di kala aku bersungguh memahu kan PERKARA yang paling aku HENDAK dalam dunia ini. Segulung ijazah pendidikan. Sampai totally lost hidup aku di saat itu :D

Dan hari ini. Masa ini. Di ulang lagi oleh allah taala yang maha kuasa makhluk takdak kuasa :D dengan haqqul yaqqinnya aku memaksa seluruh KEMAHUAN ku ini wajibul ghunnah AKUR atas perbuatan/gerak masa allah taala. Berani nak bertanding2 dengan kehendak allah ke ummi? :D

Jadi aku perasan perkara ni berlaku lagi. Yang mana allah nak bagitahu lagi " Heeeei ummi, hidup ngko tu 100% dalam KETENTUAN Aku. Jangan mandai-mandai atur hidup sendiri " ngeeee.

Ketetapan allah yang indah-indah ni memang selalu muncul kemudian-kemudian waktu. Kena tunggu LAMA. Dan JANGAN FIKIR-FIKIR di suruh zikir2 jalani hidup seadanya. Pernah ke aku rancang hidup aku akan datang putrajaya ni? Tak pernah. Yang pernah aku mahu dulu sambung ijazah dekat semenanjung. Sekali hamek, lain gila caturan allah taala :D

Tak cukup tu. 3 tahun kemudian selepas sah jawatan, allah bagi kejutan lagi..mak aih. Magisssss. Hidup aku ni di susun memang penuh kejutan mungkin. HAHA rasa sexy tetiba.

Allah tak bagi ijazah. Allah tak bagi ummi jadi cikgu sekolah :D

Tapi allah bagi satu putrajaya ni UMMI YANG PUNYA? masha allah :D
Allah bagi 'Penolong akauntan gred 29 ' di usia 29 tahun! Huih aku baru perasan ni. Hadiah allah taala rupanya! Masha allah!Orang lain rasa benda kecikkkkkk je ko ni kecoh, tapi untuk orang-orang yang ALLAH je tahu jalan cerita hidup aku macam mana. Ini lah nikmat yang tak MAMPU di dustakan.

Tak ke memeranjatkan tu?
Dalam tempoh kurang dari 5 tahun allah bagi dan bagi dan bagi dan terus tak pernah berhenti membagi. So sebenarnya layak ke tak merungut sekarang ni? :D Yang tak pernah puas hati dalam dunia ini ialah HAWA NAFSU. Nak kenal hawa nafsu bila hengkau mula SUSUN KEHENDAK-KEHENDAK ikut suka hati hengkau. 

Maka sebenarnya.
Allah dah tolong gugurkan kehendak aku satu-persatu. Sebab kehendak allah taala nak masuk GANTI kan kehendak aku yang tiada jaminan tu. Bahagia pun tak tahu hujung pangkal. Ikut fikiran sendiri lepastu pincang. Nauzubillah.

So mari lah buang kan barang-barang lepas yang kita ingat berbaloi rupanya tak berbaloi langsung. Memang lah aku sedih. Gila kau. Ingat aku robot ke? Lagi2 emosi meledak macam aku ni ha. Airmata tu ialah perbuatan normal. Semua orang alami. Itu kan fitrah. Rasulullah pun pernah melalui tahun-tahun kedukaan. Dan Rasulullah tetap ada sifatnya bersedih.

Bersedih itu BELUM salah. Yang salah besar tu ialah BERPUTUS ASA.

Siapa yang berputus asa di tengah2 jalan tu meh nak tengok sikit muka? :D Rugi-serugi-rugi nya. Ada perkara yang kita MAHU/HENDAK, allah tetap izinkan BERLAKU. Kenapa? Sebab ada KEMAHUAN-KEHENDAK tersebut bersesuaian dan hampir sama dengan KEMAHUAN allah taala. Maknanya kehendak aku itu tiada halangan nya di sisi allah taala selagi ia nya bersifat KEHENDAK yang LURUS niat hajat hatinya. Bila kehendak aku kena TENTANG terang2 maka faham lah aku ada NAWAITU yang bersalahan.

Tapi bila KEHENDAK macam hangat2 tahi ayam separuh jalan ni memang berasal dari HAWA NAFSU jeee. Sebab tu allah tak izin. Sebab itu allah ADA kan satu SEBAB untuk halang kehendak itu berlaku. Justeru bila aku pusing balik dengan kewarasan penuh, dengan kebijaksanaan hati sanubari aku ni, masha allah rupanya TEPAT! Perisitiwa-peristiwa mendukacita kan ini hanya lah sebagai IKLAN hidup je sebelum allah nak bagi SCENE HAPPY ENDING ni. Syarat nya JANGAN PUTUS ASA pasal RAHMAT allah taala mengalah kan dosa-dosa mu yang tak terhingga tu.

Gituw.

Tengok lah hasil berpegang teguh, penuh kejutan2 yang romantis dari allah taala. Kalau lah aku pilih jadi orang-orang yang berputus asa sejak dulu-dulu lagi. Agaknya sekarang aku dalam 'TONG SAMPAH' masyarakat :D jadi kawan karib SYAITONNIROJJIM.

Allahu Akhbar.
Maha indah Engkau ini. Dan indah nya aku ini hasil 'didikan' Engkau.

So,
Mari fokus hidup sihat, langsing, wangi dan cantik berbudi pekerti. Ketahui lah, sosok aku ini di senangi rakan-rakan sepejabat. Aku tiada masalah yang kronik di pejabat mahu pun di rumah menunjukkan aku bukan GADIS bermasalah walaupun EMOSI macam BERAPI kadang2 :D. Di kenali sebagai gadis comel yang kelakar, riang-ria, girang, SEXY, tekun berkerja. Di sayangi orang. Di segani laki-laki. Kehilangan aku akan di rindu-rindu kan. Mana kelakar-kelakar ummi? Mana gelak2 raksasa ummi?Mana shake2 ummi? Mana tazkirah acah2 ustazah2 ummi? Aku kadang2 suka keluarkan word2 islamik yang mungkin JARANG di fahami rakan taulan :D Kawan-kawan india aku sampai nganga kalau tengok aku di waktu SERIUS. Aku tak suka pun tiba2 nak ceramah kawan-kawan walaupun mungkin MASA itu depa sakan menggosip. Pasal apa? Pasal aku taknak ada satu orang pun dalam benak dia fikir " Kau ingat kau seorang je bagus? ". Takpe di anggap biasa-biasa di kalangan rakan-rakan, mudah aku nak bergaul. Daripada acah2 berlagak luarbiasa tapi KAWAN tak berani dekat. Di benci diam2. Di umpat belakang2. Euw.

Chitra cakap merangkap BFF. Eh tak sangka BFF aku indian girl. HAHA.
" Dalam dunia ini sebenarnya bukan ada 7 keajaiban tapi LAPAN. Keajaiban yang ke lapan tu ialah ENGKO " sambil tunjuk muka ala2 jepun aku ni :D

Nampak?

Betapa aku ini gadis istimewa. Kalau hilang akan di cari-cari orang. Kalau berpisah akan di kenang-kenang orang. Spesis terancam yang bukan mudah di temui. :D RUGI kan? xoxo.

Aku dah tamat kan episod2 buruk sekarang. Dan bertekad untuk tidak hanyut dalam kesedihan dalam beberapa minggu lagi insha allah! Yeahhhhh. Rileks. Duduk bertenang. Airmata mengalir tu benda normal. Jangan di bimbangkan sangat IHIKS. Kita tunggu 'susprise' sikit je lagi. Berhenti mikior.

Bersurai. Kerja tak habis2 weh. Bye!

Sunday, 14 August 2016

JUMPA AYAH.

Oyeah. Saya dah balik! :D

Allah atur pertemuan dengan ayah hari ini memberi laluan merehatkan hati yang tenat. Dan alhamdulillah, dari doa-doa yang sudah pun di ulang-ulang semalam allah telah pun kabulkan pada hari ini.

" Berikan cara yang paling CEPAT untuk lupakan segala-galanya"

Walaupun belum semua, tapi separuh kisah telah pun terpadam dengan cepat. Aku telah bongkarkan hampir semua inci cerita pada ayah hari ini. Seharian ini :D 

Lain rasa nya mendengar cara orang lelaki dewasa bercakap. Lebih-lebih dari lisan seorang ayah. Version lisan emak lebih kepada adunan emosi dan rasa-rasa keperempuanan. Version lisan dari ayah pula kebanyakannya rasional belaka. Aku lihat ayah sedaya upaya enggan melayan luahan bentuk emosi aku yang mesti di fikirnya KECIL betul masalah kau ni wahai anak HAHA

" Apa masalah sebenarnya ummi? "

" Ummi merajuk teruk. Sebab demam teruk. Period. Jadi kecamuk. Tak tentu arah. Rindu bergumpal. Ketagih perhatian. Jadi nya ada hamburan perkataan-perkataan yang barangkali MENGANGGU usaha orang lain untuk ummi "

Bukan main aku bersungguh meluah perasaan. KAH KAH simple je ayah aku jawab.

" Yang ummi MERAJUK tak kena TEMPAT DUDUK nya tu kenapa? Ummi tu siapa nak merajuk-rajuk pada orang yang belum ada apa-apa pada ummi? "

Gulp.

Miahaha. Aku tak puas hati. Lanjutkan luahan emosi lagi.

" Masalah nya bukannya dalam tempoh 10 tahun ni ummi tak pernah merajuk teruk. LAGI TERUK pun ada. Dan orang tersebut bukan kenal ummi 10 hari yang lalu. Dah cukup masak dah. Tapi kenapa MEMILIH MASA SEPENTING NI LAH tetiba dia hendak berkecil JIWA yang mana 3 minggu lalu bukan main BESAR segala harapan hatinya? Kenapa nak PAKAI segala perkataan-perkataan EMOSI ummi yang memang dia dah tahu UCAPAN EMOSI tu TAK VALID pun. Sebelum ini berpesan sungguh-sungguh takkan terima keputusan emosi ummi tapi KENAPA SEKARANG PUSING 360 darjah? YA! Memang ummi tak puas hati! "

Ayah jawab.

" Maknanya orang itu BERMASALAH. Masih ada benda yang DI SEMBUNYI kan. Dah lah ummi. Bukan jodoh. "

Dan kemudian ayah meleter dalam versi lelaki berkarisma :D kadang-kadang ada rumusan awal ayah itu seakan-akan meletakkan salah sepenuhnya di bahu si beliau itu. Dan aku akan jawab tangkas-tangkas untuk BETUL kan rumusan ayah yang aku fikirkan TIDAK TEPAT.

Nampak tak yang aku sedang sedaya upaya MEMBELA personality si lelaki misteri. Tetap aku pertahan kan " Ayah, orang itu bukan lelaki yang teruk. Saya percaya semua orang ada KELEMAHAN masing-masing. Mungkin dia berada DI WAKTU keadaan yang buatkan dia berasa LEMAH tak berdaya. Ayah tahu saya bukan gadis yang SEMBERONO menyukai lelaki-lelaki sembarangan. Dan bila saya cakap orang itu memang IDEAL maka dia sebenarnya di antara lelaki yang AWESOME. Pasal anak ayah pun gadis SUPER AWESOME. Kalau hendak di hitung2 antara kelemahan dan kelebihan, MASIH BERAT hitungan kelebihan beliau. "

HAHAH. Gelak lagi.

Weh susah aku nak elak supaya airmata tak bercucuran depan ayah. So aku gelak-gelak anje :D Ayah berikan aku contoh2 situasi yang berkaitan kerana aku sangat suka untuk mendengar segala pandangan nya. 

" Ummi, lelaki-lelaki yang hebat KEBANYAKKAN berkahwin LEBIH dari seorang. Kepala lelaki ni bukan saja BESAR dalam issue2 kepimpinan/politik/kerjaya tapi juga LEBIH BESAR keinginannya terhadap PEREMPUAN"

Phew :D

HAHAHA. Gelak lagi.

Rugi. Meskipun seharian suntuk masih tidak cukup ruang berkomunikasi dengan ayah tapi ada perenggan-perenggan lidah nya yang menusuk sukma. Sangat bagus di ambil sebagai panduan. Selain berceloteh tentang pengisahan KORBAN seorang LELAKI untuk WANITA di kasihi, i mean ayah banyak bongkar kisah percintaan nya dengan emak di kebanyakkan masa pada hari ini DEPAN isteri dia. Kau rasa? Nak je aku cubit telinga ayah sebab HEI TAK ALERT ke nak jaga HATI PERASAAN isteri ni? HAHAHA. Tapi aku sempat jeling-jeling airmuka untie yang terhias senyum manjang. Dalam hati siapa lah tahu. Tapi kerana dia isteri yang DI DEDAH KAN tentang DAKWAH dan PERJUANGAN maka aku rasa beliau sudah pun mengatasi masalah-masalah EMOSI/CEMBURU ini dengan lebih mudah.

Banyaknya hendak aku kisah kan.
Sempat mengikuti ayah bertemu dengan BADAN NGO salimah di seksyen 13 shah alam hari ini. Aku saksi kan kebijaksanaan seorang ayah. Dalam hati aku " Mak, mustahil dalam diri ayah TIADA SATU PUN KEBAIKAN. Mustahil TIADA satu pun pengorbanan dan susah payah nya untuk keluarga suatu masa dulu "

Tapi begitu lah HATI wanita yang CEDERA PARAH. 20 TAHUN hidup mengenang KEJAHATAN/KEBURUKAN/KEZALIMAN dan KELEMAHAN suami sehingga emak lupa mengisahkan sisi-sisi BAIK ayah. Maka ini aku ambil sebagai ingatan khusus. JANGAN benci TAKDIR allah taala. Jangan biar kan KISAH PAHIT menjadi kisah DUKA sehingga hujung hayat. Jangan di jadikan perkara BURUK ini sebagai ZIKIR harian kerana ini lah punca HATI MASIH GAGAL BAHAGIA.

Demi allah.
Hari ini aku ikhlas kan SEGALA-GALA yang aku fikir kan TIDAK PATUT aku di perlaku kan seperti ini pada hari ini hari semalam atau pun hari esok. Demi allah, aku ikhlas kan segala jerih perih aku hidup di tekan oleh dugaan2 berat tanpa JAGAAN ayah selama ini. Demi allah, aku ikhlas kan apa pun bentuk KEPAYAHAN yang terpaksa aku lalui sejak dari kecil hingga sekarang daripada SIAPA pun yang pernah berbuat zalim. Demi allah, aku juga ikhlas untuk yang 10 tahun ini.

Ada satu perkataan ayah yang aku rasa kan mukjizat yang MENYEMBUH kan segala duka lara hati aku semalam.

" Ummi, Kamu sanggup berlayar dengan kehendak SUKA HATI kamu dalam hidup ini atau kamu TAAT mengikut kehendak allah walaupun kamu TAK SUKA? "

Masha allah. 

Aku nampak emak masih belum ikhlas menerima qada qadar yang mudah-mudahan di buka kan hijab jantung nya untuk melihat berbondong2 hikmah yang ada pada masa sekarang.

Barangkali ya. Aku masih gadis yang TINGGI emosi nya tapi aku TAHU INDAH nya aku ini bila aku mula bersikap RASIONAL. Dan sebenarnya bukan susah mengawal EMOSI buruk aku pun. Biarkan aku satu dua hari. Hari ketiga datang lah membawa penjelasan segala hujah-hujah bernas. Dengan cepat aku mampu betul kan semua keadaan. Tidak ramai pun yang sedar hati aku ini lunak dan jinak nya macam mana. Sangat banyak kasih sayang dalam hati ini. Sangat pemaaf nya aku ini. Sangat pandai nya aku mengenang budi-budi orang.

Kerana itu lah aku masih mampu salam cium tangan ayah dan letakkan ayah sebagai lelaki terhormat di mata aku. Manusia takkan selamanya ZALIM dan BERBUAT silap. Dan kita juga BUKAN nya pernah MAKSUM daripada pernah menyakiti/menzalimi orang lain. Cuma sikap manusia, lebih suka mengenang BURUK orang lain lebih banyak berbanding mengenang BURUK nya diri sendiri.

Masha allah.
Ini lah jawapan doa semalam.

Cara yang paling cepat LUPA KAN segala nya.

Dan aku akan sedia membuka relung hati aku pada siapa pun yang allah bagi kan selepas ini. Yeah!

Dan ah, calon ayah selalu jeee tak sekufu dengan aku. Pastu berani lah nak guna kuasa wali dia nak paksa aku kahwin? EH HELLOOO AYAH NAK PENUMBUK?

HAHAHA.

Ok bye. 

Saturday, 13 August 2016

Berhenti lah!

Setiap hari aku menangis. Bengkak dada belum surut. Sugul jangan cakap lah. Aku benci time weekend sebab aku banyak masa terperuk dalam rumah. Memandangkan usia lanjut macam aku tak sesuai berada di tempat2 lepak anak muda dan memang sangat membenci hiruk pikuk malam kota memaksa aku termenung di dalam rumah.

Selamat. Tapi jiwa aku sedang parah. Masha allah. Kali ini benar-benar tumpas aku ini. Apa sudah jadi? Meraung2 dalam hati. Tumpah lagi darah hati.

Ayah berada di kuala lumpur. Dengan beberapa peristiwa mendukacita kan lagi menambah kan hiba. Segala rancangan yang sepatutnya berlaku tiada satu pun antara nya bergerak mengikut masa. Serius, aku fikir ayah tidak akan menanyakan hal yang sama. Tiada panggilan mahu pun mesej dari ayah sewaktu touchdown di pulau pinang. Cuma petang tadi beliau memberi khabar mendadak.

'Ayah otw ke KL sekarang. Jumpa malam nanti '

Nangis lagi. Lagi. Lagi sampai habis airmata.

' Maaflah ayah. Tetiba ada orang tak jadi nak jumpa'

Nangis. Gigil.

Terpaksa bertungkus-lumus aku kali ini menyelamatkan keadaan hati yang terlalu cedera parah. Tiada bahu yang boleh aku pinjam. Tiada telinga yang mampu memaham. Mahu aku bongkar semua isi hati aku kepada emak tapi aku tahan sedaya upaya. Demi kesihatannya. Demi menjaga airmuka orang lain. Aneh. Dalam keadaan di tinggal parah pun aku masih ada hati menjaga maruah orang lain.

Masha allah.
Cepat lah masa berputar ya allah. Tolong.

Ayah minta aku datang menemui nya esok pagi. Macam mana lah hendak aku susun airmuka ku ini. Jangan bengkak lagi kelopak mata. Sangat tidak tahan aku menanggung saat2 kritikal ni.

' Jangan ikut rasa hati sangat. Bersabarlah. Nanti ayah cari. '

Kali ini aku angguk terus. Nanti lah aku tengok-tengok kan siapa lagi senarai calonnya. Nanti lah aku paksa-paksa hati parah aku ni kalau dapat di gubah suai lagi. Walaupun dalam hati aku masih ada bekas2 harapan. Terkesan sungguh dashat. Sangat bullshit apa aku tengah rasa sekarang. Keliru. Binggung. Geram. Marah. Kecewa. Sedih.

Jangan lah ada tumbuh dendam ya allohhh. Demi allah aku tidak ingin menyimpan sedikit pun rasa benci. Tertayang segala kebaikan2 kerana aku jenis suka mengenang sikap baik orang. Kalau mahu bahagia jangan ada kesumat dan benci.

Cepatlah masa berputar. Tolong.

Thursday, 11 August 2016

BILA NAK KAHWIN?

Untuk memuaskan hati yang memang tenat ini, meh aku nak memblog sekarang :D
Selain daripada berkomunikasi dua hala, menulis adalah terapi yang bagus untuk kurangkan rasa tenat dalam dada. Sebab itu di antara keperluan hidup yang aku kira penting ialah BERCAKAP guna LIDAH yang betul dan JARI yang sihat untuk mengarang :D

Baiklah. 29 tahun bukan angka yang kecil. Terlalu ramai orang2 yang mengasihi aku sudah menunjukkan simptom RISAU yang membimbang kan.

Lagi tentang JODOH. Demi allah, hati ini tiada siapa yang tahu suara nyaringnya bagaimana kecuali sebahagian suaranya di hempaskan disini.

Soalan serupa hampir setiap tahun di aju kepada aku.

' Bila nak kahwin? Siapa calon suami? '

Aku selalu diam kan jawapan kedua. Ada calon. Tapi tak tahu siapa. Masha allah :D aku memang ada calon suami paling ideal yang pernah aku kenal. Sesuai di jadikan suami seumur hidup. Ada beberapa standard karakter yang menyenangkan hati. Mula2 tentu lah faktor kematangan. Kemudian problem solving beliau sangat cemerlang. Biasanya aku selalu mengintai cara beliau menggeluarkan hujah, cadangan, pendapat dan jalan keluar. Hampir 99% meresap dalam otak tembus sampai ke jantung tanpa sedikitpun ada rasa untuk berbantah-bantah. Daya ketaatan aku terletak sebanyak 99% yang mana ini lah antara BASIC rumahtangga yang aku pegang sebagai pendirian. Bersetuju untuk menikahi seorang lelaki asing BAGI AKU adalah suatu keputusan hidup YANG PENTING dan AMAT BESAR pengaruhnya. Mana boleh aku ragu-ragu. Mana boleh ada WASPADA. Mana boleh separuh-separuh. Mana boleh TEKA-TEKA. Mana boleh main REDAH saja. Aku akan hidup sebumbung dengan lelaki asing ini mungkin sehingga 40 tahun akan datang. Lebih banyak tahun berbanding sebumbung dengan keluarga sedia ada. Jadi, di sebab kan sememangnya sifat pemikir aku tidak boleh di asing kan maka ADA BANYAK issue yang aku fikir kan benar-benar PERLU di selidik, di teliti, ditimbang hingga aku jadi PENAT. Wallahi aku PENAT. Emak menuduh aku TERLALU banyak berfikir. Terlalu kehadapan otak aku ini. Tapi emak tak tahu trauma jiwa yang melanda sanubari aku menerusi kegagalan rumahtangga nya bersama ayah. Berapa banyak KESALAHAN yang aku saksi kan baik dari ayah dan emak pada saat itu. Sangat membekas! Belum campur kisah-kisah ngeri orang lain. Pengalaman rakan taulan.

Mana ada hidup yang tidak di landa beban konflik, tekanan sekeliling dan keadaan2 kritikal? Coba kau cerita? Takkan kau nak hidup senyum indah sepanjang masa?

Mak kata aku ketagih mencari yang sempurna. Allahhhhh... Hehe.

Kite nak satu sosok yang jiwa nya, ruh nya LEBIH DASHAT kuat dari kite je. Bukan nak lelaki kacak yang KAYA HARTA. Hehe kalau lebih kurang sama lembik macam aku berbaloi ke nak sebumbung 40 tahun lamanya? Kalau dua-dua sama-sama RAPUH di badai ombak terus jatuh? Aku tak gentar pun JATUH BANYAK KALI. MENANGIS BANYAK KALI. TERLUKA BANYAK KALI. Tapi aku sangat risau dengan orang yang CEPAT MENGALAH berkali-kali. CEPAT putus asa berkali-kali. Sebab kalau lah aku pilih jalan KALAH dan PUTUS asa dalam sepanjang hidup ini, masha allah di mana tempat aku sekarang? Hehe.

Mencari RUH yang HIDUP itu rupanya jauh lebih sukar. Hati emas zaman sekarang hampir-hampir susah di temui.

Syarat asas hidup berpasangan paling mustahil aku dapatkan ialah :-

Berkomunikasi.

Sangat aku berat-beratkan tentang ini. Gagal urus komunikasi, maka bagi aku JANGAN di terus kan lagi. Cari sepakat dan serasi dalam bab komunikasi dulu insha allah hal-hal lain akan MUDAH di uruskan. Aku di besar kan dalam suasana skill KOMUNIKASI dari asuhan emak melalui lambakan rundingan. Emak seorang yang sangat RAJIN berkomunikasi walaupun issue nya ringkas.  Emak mampu membebel 5 jam sehari tanpa henti. Walaupun dari pengamatan aku KADANG-KADANG ada gaya komunikasi nya yang perlu CENSORED, perlu tapisan tapi mutiara lidah nya lebih banyak bermanfaat. Jadi, telinga perempuan yang BANYAK mendengar benda-benda RASIONAL macam aku memang SUKAR DI PUAS KAN dari segi CARA PERCAKAPAN. Aku tiada protokol pun nak komunikasi macam mana. Tapi kalau gaya bahasa gaya fikir nya masih dapat di pertikai kan kenapa memaksa aku terima sebulat hati?

Dan ya aku mencari sosok yang lidah nya mustahil dapat aku patah-patahkan. Lidah yang dapat menundukkan perempuan beremosi macam aku. Lidah yang mampu menyejukkan segala rajuk marah aku. Adakah ini karakter SEMPURNA yang mustahil wujud di dunia ini? Mak ooo mak. T_T jawab lah mak. Mustahil sangat ke apa yang ummi nak ni? 

Aku hanya nak jadi perempuan yang sifatnya SAMIKNA WA ATOKNA di bawah jagaan seorang lelaki bernama suami. DENGAR PENUH MINAT DAN TERUS PATUH. Susah ke tu? Mustahil ke tu?

Sekarang penting ke tak komunikasi? Ke aku salah meletak kepentingan? Ke aku patut tengok BERAPA BANYAK DOLLAR dalam bank seorang lelaki yang layak berumahtangga?

Jadi atas faktor ini, maka senyap-senyap meletak kecenderungan kepada seorang lelaki misteri yang sangat KURANG DI KENALI. Kenapa? Sebab aku PERCAYA kemahiran berkomunikasi menepati standard yang aku HENDAK. Samikna wa atokna. Itu objektifnya.

Emak mengasak aku berkali-kali tentang lelaki misteri ini. Aku hanya mampu memberi gambaran pemerhatian menerusi LISAN-LISAN beliau yang sangat RASIONAL selama ini. LISAN orang yang rasional dan mempunyai sifat FATONAH didalam setiap isi kandungan lisan nya sungguh-sungguh aku yakin kan bukan spesis lelaki BANGSAT dan KEPARAT. Ia semestinya lahir dari rahim seorang EMAK yang awesome. LIDAH yang betul adalah GAMBARAN HATI yang betul juga. 10 tahun bukan singkat untuk seseorang MENYEMBUNYI KAN kebohongan lidah nya. Dan aku bukan lah perempuan bongok yang tak mampu mengenal MANIKAM. 

Ini betul-betul cinta tanpa SYARAT.
Macam mana boleh teguh perasaan aku terhadap seseorang lelaki misteri yang KURANG di kenali ini?

Itu lah maksud pertembungan JIWA tanpa syarat. Dia bukan peduli kau kerja dekat mana. Kau duduk dekat mana. Kau lepak dengan siapa. Kalau lah lelaki misteri ini seorang PENJENAYAH profesional pun bunyinya macam ini ' AKU PEDULI APA? ' Cinta tanpa syarat. Tetiba aku teringat movie kristen stewart. CAMP X-RAY. Seorang army perempuan hot boleh jatuh hati dengan banduan taliban? Kau rase? HAHA. Sebab nya sama. Tanpa syarat dan THE POWER OF COMMUNICATION! Perasaan tersebut bukan lagi berdiri atas faktor MUKA KAU HANDSOME PAKAI BAJU KORPORAT DENGAN JAWATAN CEO. Tanpa syarat dengan muka selekeh berjambang kau tu sebab komunikasi yang betul membawa perasaan yang betul. Asli. Natural. Bukan lagi atas sebab2 lain kecuali sebab HATI kau dia nak. Paham ke tak mak? HAHA

Haha. Macam kelakar.

Adakah itu kenyataan kelakar? Tak pun. Eh kau ingat penjenayah banduan takde hati? Tapi thanks allah lelaki misteri tersebut bukan seorang penjenayah pun. HAHA.

Kenapa mood karangan aku ni tetiba HAHA dan kelakar? Apa yang mencuit hati sangat? Heh. 

Selepas komunikasi, apa lagi yang ummi nak KEJAR sangat sempurna tu?

ACTION.

Perbuatan.

Sebenarnya kalau perasan, rules dan standard aku ni simple je. Hari-hari orang buat TAPI berapa ramai yang BUAT lepastu FAHAM kenapa dia buat? HEHE.

Komunikasi - lisan - QAULI. LAFAZ UCAPAN. 
ACTION - Tingkah laku - Bukti perbuatan - FEEKLI 
ISI HATI- PERASAAN - EMOSI - QALBI

Kau cakap berapi-api pun kalau ACTION takde, kau hengat ape? Rasional lah macam pun segala pertuturan hengkau tu tapi ACTION sama BANGSAT kau rasa amende?

7 Tahun aku takpernah ulang-ulang bertengkar pasal issue NIKAH. Sebab aku banyak belajar memahami keperluan orang lelaki. Jangan DESAK kalau belum bersedia. Jangan PAKSA kalau belum MAHU. Aku biar kan MASA menelan semua kemudaan/keremajaan pada waktu tersebut dengan setompok harapan sanubari. Aku memaksa diri moving forward menerima salam perkenalan lelaki-lelaki yang TAK pernah MATCHING dengan kehendak jiwa aku masa tu. Hampir semua bercanggah dengan prinsip pertama. SAMIKNA WA ATOKNA. Bahkan menjadi kan aku perempuan yang gemar berbantah, keras kepala dan semakin degil. Berbaloi ke nak risiko kan diri aku untuk hubungan yang awal-awal lagi aku rasa takkan berjaya? Masalah dia bukan sebab lelaki tersebut tak cukup bagus. Ada yang BAGUS-BAGUS. Tapi kalau asyik berbantah-bantah asal setuju nikah esok aku jadi derhaka untuk apa?Kalau prinsip pertama pun takboleh nak MANAGE kenapa nak teruskan lagi? Membazir usia. So kenapa kau survive untuk hubungan misteri selama 10 tahun wahai ummi? KERANA AKU RASA KAN IA NYA SANGAT BERBALOI DI TUNGGU! Kalau kau jumpa intan permata yang UNIK nya bukan biasa-biasa, 100 kelahiran pun kau akan sanggup tunggu. Bodoh ke tu?

Maka, dengan percubaan2 hubungan yang GAGAL itu kepala otak aku jadi buntu. Yang akhirnya akan memusing semula kepada lelaki misteri. Pasal rajin benau kacau hidup aku. Selalu nak tahu aku dah mati ke belum? HAHAHA T_T aku tak faham kenapa aku terjebak kancah hidup yang serumit ini. Ya alloh!

Dan bila kebenaran telah pun di dedah kan meskipun aku sudah di 'beritahu ' khabar tentangnya lebih awal dan aku anggap aku ada telinga yang TAHAN untuk dengar sebuah akuan. Demi allah aku kecewa tapi dalam masa yang sama segala soalan aku di jawab. Lega nya hanya allah yang tahu. Malahan aku sahut dengan teruja secara diam-diam segala USAHA-USAHA memperbetulkan keadaan. Dengan jelas aku mampu lupakan 10 tahun yang sia-sia kerana JANJI-JANJI masa depan yang aku rasa BERBALOI untuk aku tanggung risiko nya. Cuma lagi dalam tempoh tersebut sedaya upaya aku tutup keterujaan aku untuk melihat JAUH MANA LAGI usaha yang beliau SANGGUP beri kan? Yang mana ada hari-hari nya keterujaan tersebut kadang-kadang TERLEPAS di luar dari kawalan aku sendiri.

Sangat teruja mendengar usaha-usaha menyakin kan. Aku kira kalau ini berjaya maka format nya BOLEH DI TIRU dan di jadi kan MODUL contoh kepada orang lain. Aku tiada masalah tentang REALITI MONOGAMI DAN POLIGAMI. Aku boleh memahami nya ELOK-ELOK dengan cara paling cool dan rasional.

Cuma.

Yang boleh aku kata.
Lelaki WAJIB jadi sosok paling KUAT menempuh cabaran MONOGAMI/POLIGAMI sebab kelebihan mereka sebagai LELAKI STABIL dari segi emosi berbanding orang perempuan. Lelaki TAK BOLEH LEMAH. Lelaki TAK BOLEH ikut beremosi. Lelaki lah yang perlu jadi STRONG!

Perkiraan aku ada yang silap tentang lelaki misteri ini.
Aku takkan gadai kegadisan aku untuk lelaki rapuh yang CEPAT give-up. Tak mampu teguhkan pendirian bukan lah lelaki yang layak MONOGAMI/POLIGAMI. Hanya kerana satu hari di cakar emosi perempuan yang sedia maklum emosi macam aku pun sudah memilih untuk KALAH maka apa lagi yang istimewa nya?Apa lagi alasan yang ada menghormati lelaki seperti ini? Kesal sebab aku terlanjur teruja. Masha allah. Tapi itu lah keputusan allah taala untuk 10 tahun ini. Percayalah, kecewa hati aku ini memang koyak rabak habis sampai harapan-harapan hidup aku lenyap begitu sahaja. Allah taala saja yang mampu betul kan balik keadaan parah nya hati aku sebab aku pilih untuk tidak berbuat apa-apa dan sekadar meneruskan hidup seadanya. Terlalu letih. Sebenarnya dalam hidup aku pun tak banyak pilihan yang ada. Sebab aku pun tak suka serabut meletakkan diri aku dalam keadaan KENA MEMILIH.

Cemuh lah kalau hengkau rasa hidup hengkau terlalu bahagia. HEHE.

29 tahun.... masha allah. Aku tak nampak siapa-siapa pun lagi. Takyah tunggu2 lagi mak. Ummi takmampu nak main redah-redah je bab kahwin ni. Semua nya pasal keringanan HATI. Allah yang pegang hati ummi. Jadi biar allah yang atur macam mana. Semangat hidup tetap ada sebab ruh masih hidup cuma aku kembali menjadi gadis yang tidak mempunyai cita-cita, tiada hasrat jiwa dan KOSONG. HEHE. Tiada apa yang dapat aku ubah. Dan tiada siapa dapat mengubah apa yang aku rasa sekarang ini kecuali allah akan ubah pada hari esok, lusa dan mungkin takdirnya takkan berubah.

29 Tahun... Uh sekejap lagi masuk 30 tahun. Awesome. Soalan bila nak kahwin tu nanti aku jawab dengan SENYUM MANIS jew :D.

 K penat aku naip. Nak balik. Babai blog!

RUH.

Hi blog.

Selamat hari raya aidilfitri.

Raya ke lapan hari ini. Macam tahun sebelumnya, balik kampung halaman membawa keterujaan luarbiasa. Tiap kali balik kampung menggebu-gebu perasaan ingin memeluk semua orang. Walaupun aku tahu kocek poket aku mesti menyusut begitu banyak selepas balik kampung. Namun begitu, demi tiap-tiap lebar inci senyum emak itu amat berbaloi sekali.

Justeru, aku pun menikmati cuti raya dengan gembiranya. Tiga hari berkampung di rumah nenek. Berlengas dekat dapur itu rutin. Tapi bukan kisah raya yang mahu aku karangkan.

Wallahi, aku sedang berdukacita. Hati aku pahit sekarang ini masha allah. Tapi aku ini terlalu biasa di latih menjadi kuat hingga sampai satu tahap aku takmampu memberi reaksi. Pegun saja. Diam lama. Ombak dada aku walaupun gelora nya menghempas-hempas muka tetap aku tahan sehabis boleh. Tapi aku ni kuat sangat ke supaya elak airmata aku bercucuran? Bongkak sangat ke aku hingga menafikan fitrah sedih aku ni? Sebab itu aku biarkan airmata deras mengalir. Aku kata pada hati aku ' Tangis itu bukan DOSA. Itu lah bukti bahawa HAMBA itu memerlukan Penciptanya '

Allahu akhbar.
10 Tahun yang lalu.....
Terus membengkak kelopak mata aku ini.

*********************************************

Aku habiskan karangan ini dengan pendahuluan membuka kisah DEMAM TERUK bermula 04/08/2016. Masha allah, amazing journey! Haha. T_T Kenapa lah perlu membuat kelakar mengenai SAKIT? Kelakar sikit dapat memberi kerehatan pada hati yang sedang tenat.

Ya.
Aku demam panas macam berapi 2 hari yang aku kira di antara yang teruk sepanjang 29 tahun ini. Demam paling teruk sebelum ni ialah demam campak. Dah lah ruam buruk gila tumbuh gatal satu badan. Tapi masa itu aku tidak lah sesedih menempuh demam teruk sebab berdekatan hampir di bawah jagaan emak. Demam yang kali ini amat disaster dan menyedihkan selama aku berada di negeri orang. Tanpa support dari keluarga. BFF yang sudah kembali ke tanah air beliau. Maka tiada pilihan selain merangkak mengusung jasad sendirian. Sepi betul hidup HAHA. Aku jarang di hinggap SAKIT/DEMAM. Jadi memang antibodi aku melawan sakit ini sangat struggle sekali.

Kenapa episod demam kali ini amat disaster dan menyedihkan?

Sebab demam nya di ikuti oleh satu episod dukacita yang bukan kepalang. Tajuknya ialah 10 TAHUN. Berat nanang masha allah. Kekadang aku seriau dengan badan sendiri. Hairan. Jiwa aku ni di perbuat daripada apa ya alloh? HAHA apasal di hempuk cedera parah banyak kali masih HIDUP ruh jiwa ku ini?

Dan aku dapat JAWAPAN pantas. Manusia kuat bukan dari TUBUH BADAN jasmani nya tapi sifat2 yang tak berbentuk ni macam SEMANGAT, SABAR, TAWAKAL, datang dari satu lagi BADAN yang ada di dalam jasmani. Dan namanya BADAN RUHANI. ruh! Ya masha allah. Manusia yang sedar tentang kehadiran RUH saja lah yang cekap mengurus sifat2 tersebut. Dan oh yeah masha allah, aku di antara orang-orang yang di beri kurniaan tentang RUH.

Tangisan2 permata yang luluh dari kelopak airmata aku menjadi saksi hiba dialog aku dengan yang MAHA mengetahui isi hati. Dan masha allah, begitu CEPAT di jawab segala soalan-soalan tersebut.

Bila aku sebut kan,
" Ya alloh, tidak berani aku memutuskan perkara-perkara kritikal dalam hidup ini kecuali dengan ISYARAT Mu paling kuat, petunjuk Mu paling jelas. Jangan letak aku dalam keadaan aku perlu membuat keputusan hidup. Tolong buat keputusan MU ya alloh. Dan aku akan ikut apa pun keputusan MU sama ada ia cenderung kepada keputusan sendiri atau sama sekali meleset dari nya"

Sayu benau!

7.00 malam punya dialog ketika memandu pulang. Yang mana saat itu amat sarat menanggung RINDU. Lebih kurang 9.00 malam PAP! Jawapan! Keputusan!

Terduduk lah aku menangis tepi bucu katil. Aku pegang dada aku takut hati yang cedera parah terkeluar dari jantung. Berat ini ya alloh. Berat kerana sudah ada HARAPAN yang aku simpan diam-diam. Sudah ada BANYAK gambaran yang aku potong kecil-kecil untuk EPISOD ini. Sudah ada WISH LIST yang berjela-jela.

Terhenyak. Hehe.
Aturan semacam apa ini ya alloh?

Di uji waktu SUSAH, itu biasa.
Yang paling luar biasa, di uji ketika berada di kemuncak hidup. Allah sudah beri kan segala-gala nya tapi kenapa hawa nafsu tidak pernah puas? Kenapa masih belum bahagia?

Maka, jelas lah kepada ku satu perkara.
Ujian di masa SUSAH dan ujian di masa SENANG mempunyai keadaan dan PAHIT nya yang berbeza-beza. Penat sangat dah ni ya alloh. Bila nak stop lanyak hati ku ini? Haha. Soalan biadap.

Ya.
Kenapa masih belum bahagia?

Orang cakap.
Bahagia bila ada rupa. Sebab semua orang suka.
Bahagia bila ada kerjaya. Sebab semua orang suka.
Bahagia bila ada harta. Sebab semua orang suka.

Semua sebab ORANG SUKA. Yang aku suka, kau pernah tanya? HEHE. Hidup nak SUKA kan semua orang?

Yang allah suka, pernah kau ambik tahu? HEHE.

Aku fikir ujian hidup semasa kecil/remaja sudah berakhir. Tapi rupanya belum. Allah mengatur sambungannya ketika aku benar-benar rancak menikmati hidup. Wuu! Sampai 29 tahun pun di kejar-kejar ujian hidup. HAHA Kenapa lah aku boleh fikir yang hidup akan SELESAI dengan mudah selepas menempuh ujian-ujian masa lalu? Ujian masa depan tanak pikior? 

Dan ya.
Aku sudah berada di LEVEL ketiga ujian hidup. Menjadi MASTER dalam hidup ini kena tempuh 5 LEVEL.

Level 1 - Ujian 6-17 tahun - Persekolahan
Level 2 - Ujian 18-25 tahun - Kolej
Level 3 - Ujian 26-29 tahun - Kerjaya
Level 4 - ?
Level 5 - ?

Nampok ? Ada orang takde susah payah nak tempuh level2 macam ni sebab hidup di susun menjadi MUDAH yang mana orang macam aku terpilih melalui hidup yang susah payah. Aku boleh cerita setiap inci dan jenis2 ujian sepanjang menghadapi dan mengatasi 3 level tersebut tapi aku malas nak kisah kan berbanyak-banyak kali. Penat!

Allah cipta ruh aku ni jenis BESI berani ke camne? HAHA. Entah bila semangat aku habis. Tunggu meninggal baru habis semua ini :D

Pentingnya mengenal RUH.
RUH lah ciptaan allah taala PALING dashat di muka bumi ini.

Ruh adalah entiti yang tidak mampu di sentuh oleh mana-mana SENJATA yang dapat meleburkan walaupun satu inci darinya. Sebab itu hidup di dunia WAJIB hidup dengan BADAN RUH, sebab manusia akan cepat TEWAS dan MATI jika hidup bergantung semata-mata BADAN JASMANI. Apa sangat kekuatan badan jasmani ni cuba cerita? Kena tembak satu peluru dah mati jadi bangkai. Takusah cerita pasal tembak, cerita pasal kena hiris pisau pun mengongoi SAKIT berdarah. Tapi RUH boleh berdarah? Ruh mampu di cincang? Ruh mampu MATI? Ruh mampu BINASA?

Idak le. Kalau takat badan jasmani ni sikit pun allah taala tak pandang yang mana manusia sangat memandang2 kisah2 badan jasmani. Mana ramai yang kisah pasal KEKUATAN RUH! Apa benda yang RUH mampu lakukan! Ruh kekal hidup! Ruh akan terus hidup tapi syaratnya wajib kenal ruh.

Aku berhempas pulas terpaksa sakit bertahun-tahun untuk mengenal kekuatan ruh. Kalau bukan sebab ini, alahai bukan susah nak GANTUNG diri. Bukan susah nak melacur diri. Bukan susah rosakkan diri. Tapi bila dengar suara hati yang tiap kali terhenyak kena bisik 'Jangan berani buat itu ' dengan kewarasan penuh aku tidak akan pernah mampu MENGUNTING setetas kulit pun.

OMG. Panjang nya pasal RUH. Haha. Hanya ruh yang sihat BERANI berdepan dengan kritikal situation.

Aku akan cerita tajuk 10 tahun yang sangat kritikal ini. Tajuk yang benar-benar memberikan pengajaran sempurna dalam hubungan sesama manusia. 10 tahun yang membuktikan hati ku ialah sejenis hati emas KUDUS yang jarang di jumpai di zaman hiruk pikuk ini. Hati yang sedang tenat tapi ada keupayaan bertahan yang bukan calang-calang kuat nya.

Masha allah.

Cepatlah masa berputar. Aku mahu kosongkan segala-galanya dengan cepat.

Oh maybe aku akan kembali aktif berblog selepas ini? Keh keh keh


Tuesday, 5 April 2016

SELAMAT KEMBALI BLOG!

Allah. Nur Muhammad.

Wah. Hampir sedekad lamanya *sedekad bersamaan dengan berapa tahun?jangan over sangat please*. Ah Akhirnya aku dapat mengakses kembali blog ini. Tempoh hari aku sempat berasa panik sekejap pabila paparan laman sesawang ini gagal ditembusi angkara KELUPAAN PASWORD? Apa kelakar sangat sampai lupa kata laluan? simptom menopause kah ini? HAIP! Berani kau kurang hajar ya. Keluar sekarang! HA HA

So apa cerita ummi sepanjang sedekad berdiam diri?

Mana aku nak start dulu ni, errmmmm.. mari mula kan dengan BERAT BADAN TERKINI. :P takpayah teka. Meh sini nak merekod kepada blog. 67 KILO! yahooooooo. Aku punya target ialah memiliki badan fit yang langsing menjelang 30 tahun nanti! mungkin 55kilo dengan ukuran pinggang sebanyak 26 inci? OMAIGAD! APA 30 NI! HAHAHAHA. Ngerinya nak tulis 30 tahun ya allah T_T

Bertenang lah. Saya ada sehari lagi menghabiskan hayat 28 tahun sebelum memasuki satu lagi angka baru. Apa cemas sangat menghadapi UMUR? Aku tetap kian lawa kalau kau mahu tahu. 67 kilogram itu ialah PENCAPAIAN. Meski pon progress loss weight aku semakin PERLAHAN. Tapi tidak mengapalah. Kerana pencapaian ini lah membuktikan sebenarnya fizik badan aku BOLEH BERUBAH mengikut nilai usaha. Kau ingat mudah? Sikit meninggal tahu. Yang paling menyeksakan sepanjang proses ini ialah MENGUBAH TABIAT MAKAN. Sebab kegiatan kecergasan bukan lah satu masalah besar bagi gadis lasak macam i. Sentiasa bersemangat melakukan senaman-senaman sambil menghempaskan bunyi-bunyi NAK MATI.

Ingat deadlift tu sedap sangat? Burpees tu seronok sangat? Plank tu bahagia sangat? Barbell squat macam nak retak pinggang. ERGH.

Kemon lah. Rasa dia lebih pahit dari peria. Ada kaitan?

Justeru, sasaran aku bersifat jangka panjang dan berterusan. Biar lambat asal selamat. Gituw. Menuju ke matlamat BODY GOAL haruslah berlagak boleh sentiasa. Baru lah terbakar segala lelemak. :D Sekarang ini kita fokus KURUS untuk SIHAT dan DIRI SENDIRI. Mana tahu selepas mengkecil dan mencomel nanti jodoh datang secara tiba-tiba? Dari langit? tak abis angan jenin kau eh ummi debob?

Sekarang bercakap pasal jodoh, SAYA MASIH SINGLE DAN HOT! yeaaaah. Emak saya di kampung halaman setiap hari menggelupur memikirkan anak gadis beliau ini. Sungguhpon aku berpura-pura cool, tapi ada masa nya UGUTAN emak itu bisa mengoncang sanubari jugak. Lepastu termenung sampai mengalirkan airmata secara magik. HA HA. Di paksa bangun malam semata-mata MEMAKSA pula allah taala memberi kan apa yang DI MAHU. Di paksa mengarang bait DOA merayu-rayu minta dikasihani allah taala.

Malu.

Kalau-kalau ada yang tanya KENAPA DEGIL sangat ummi!

Aku tidak hingin hurai perkataan MALU itu. 

Aku pernah merangka-rancang APA jenis hidup aku suatu ketika dahulu. Aku atur susun elok-elok. Aku simpan harapan tinggi-tinggi. Berhujan berpanas menggadai semua keringat aku. Hujung-hujung nya DUKACITA. Bukan sekali. Berkali-kali. Kemudian aku teruskan hidup DEPAN MATA tanpa cita-cita. Hampir segala HASRAT HATI terkubur begitu sahaja sebab allah taala sibukkan aku dengan tugas mendidik. Sampai aku lupa untuk MENENUNG masa depan. Aku biar saja MASA yang bergerak mengikut laluan sedia ada. Dan akhirnya DI KEJUT KAN dengan khabar yang tidak pernah di sebut-sebut dalam hati.

Allah BAYAR seluruh SEBAB KEDUKAAN tersebut dalam CARA yang paling ROMANTIS lah aku kira. Bukankah kejutan sangat membahagiakan? Bukan hal yang tidak disangka-sangka sangat meluluh kan hati emas sepertiku? Sampai aku fikir kalau allah taala itu berjasad dah lama aku berenang lautan samudera sanggup peluk. Tapi aku bukan lah bengap sangat sampai BIADAP memfizik-kan allah taala. Cuma seakan-akan melakarkan sebuah gambaran SYUKUR yang tidak terhingga. Begitu.

Jadi, soal jodoh ini. Perlu ke aku ada kan satu usaha PENGKHUSUSAN untuk mentemuinya? Macam segmen 30 hari mencari suami? HAHA. Perlu ke nak rancang-rancang?perlu ke aku ulang susun atur macam dulu-dulu?perlu ke aku bubuh harapan julang-julang? Siapa tuduh aku tak LAKU, AKU SUMPAH KAU ORANG JADI KATAK PALING BURUK DI DUNIA AKHIRAT. Mind you. Gadis hot like me ni edisi TERLAJAK LARIS TAHU! lastik dahi kau.

Aku tidak akan bohong. Aku sunyi. Bukan sebab aku BATAK LAKI. Sunyi itu DUDUK atas nama fitrah insani. Sunyi pasal MAK AKU TAKDEW DEPAN MATA T_T AKU NAK BORAK DARI HATI KE HATI DENGAN SIAPA LAGI? KAU INGAT SENANG NAK PERCAYA ORANG SUKA HATI KAU? EH. Martabat aku bukan TAHAP MAQAM rabiahtul adawiyah. Jauh sekali mengaku setanding dengan ibu maryam alaihi salam. Masih wujud satu tempat KOSONG dalam diri. Menempuh cabaran berdepan dengan HIDUP MASA KINI tanpa KELUARGA di sisi aku kira suatu perbuatan yang SANGAT takboleh blah. SANGAT STRONG AKU INI PERCAYALAH. Allah taala betul-betul hendak menduga diri ku ditengah-tengah KOTA METROPOLITAN ini. Sebagaimana 3 tahun lepas aku di latih untuk TIDAK BERCITA-CITA yang hati nya pada masa itu PENUH dengan kepasrahan maka disini aku di AJAR satu lagi tingkat ILMU yang bukan calang-calang.

Allahu akhbar. Kenapa hubungan kita tidak pernah PUTUS? T_T kenapa mesti  SETIAP MASA allah taala MASUK CAMPUR dalam hidup ku ini?

Demikian lah detak hati. Aku mempunyai hubungan yang MAHA istimewa dengan emak ku. Bukan kerana tapak kaki nya ada jaminan SYURGA. Tapi kerana KEMULIAAN rahimnya yang berkait terus dengan dari mana asal ia datang. Rahsia.

Okek, dah habis belom pasal jodoh? HAHA.
Aku harap allah taala dahulu kan adik beradik supaya resah ibu ku bisa terubat. Aku masih belum kritikal untuk berumahtangga. Dan aku tetap dengan pendirian TIDAK AKAN MENGAHWINI LELAKI yang TIDAK BERBALOI untuk di taati SEPANJANG HAYAT. Kerana engkau perlu tahu yang aku MAHIR MELAYANI segala apa yang engkau mahu kan. Ini bukan demand. Ini ialah simbol kecerdasan seorang gadis edisi terhad. Ayat bongkak dengan ummi tidak dapat di pisah kan. Sangat intim.

HAHA.

Cerita seterusnya tentang PENINGKATAN USIA?

Tahu kah fokus aku sekarang hanya lah ingin SIHAT, LANGSING dan BERTENANG melalui umur-umur kegadisan? Aku menghargai setiap inci nilai hormon dalam badan ku ini. Alangkah sempurna nya penciptaan allah taala ke atas diriku. Gadis ialah permata dunia. Dan aku adalah gadis versi BERLIAN punya. MUAHAHA

ok sudah lah tu. Esok kita memblog lagi. Fuuuuuuah. Seronoknya dapat memblog.